Sunday, February 27, 2011

MENGENAL JAHILIYYAH

Assalamualaikum…..

Selawat dan salam atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w., para sahabat, keluarga baginda, tabi’ dan tabi’in serta penyambung warisan baginda s.a.w..

Pada 24 februari yang lalu, ustaz Ilyas telah menyampaikan ceramah ringkas bertajuk “Mengenal Jahiliyyah” di Edu LR4, 8.30-11.00 malam.

Jahiliyyah bermaksud tidak mengetahui. Zaman Jahiliyyah juga dipanggil zaman kegelapan sebelum kedatangan Islam yang membawa rahmat pada seluruh umat manusia. Ada dua dua pendapat ulama’tentang zaman Jahiliyyah al-ula.

1. Zaman sewaktu kelahiran Nabi Allah Ibrahim a.s.

2. Zaman antara Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s.

Amalan jahiliyatul ula disini ditujukan kepada perbuatan wanita-wanita yang menunjukkan kecantikan mereka pada masyarakat di luar.

Apabila ada yang pertama, semestinya ada yang kedua. Zaman Jahiliyyah kedua ialah zaman sewaktu kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Di sini boleh dikatakan zaman Jahiliyyah berakhir selepas pembukaan Kota Makkah.

Nabi s.a.w. bersabda,matannya berbunyi: Akan ada 4 amalan jahil dalam umatku pada akhir zaman nanti.

1. Menghina keturunan lain

Zaman sekarang, wujudnya sistem kasta di kalangan masyarakat India, sistem perbezaan darjat seperti keluarga golongan Sheikh, dan lain-lain.

2. Bangga dengan kekayaan

Terang lagi nyata pada zaman ini, jika tiada duit, kita tidak dapat berbuat apa-apa. Kekayaan dibanggakan sehingga manusia berebut-rebut mengumpul harta untuk nama mereka terpampang sebagai antara manusia terkaya.

3. Amalan menilik bintang

Amalan ini dilarang sama sekali kerana manusia diciptakan berbeza-beza dan tidak dapat dianggarkan perangai mereka. Amalan ini sama juga seperti menilik nasib melalui horoskop, tarikh lahir, dan sebagainya.

4. Meratap kematian

Meratap di sini seperti menghantukkan kepala pada benda keras, menarik rambut dan seumpama dengannya. Amalan ini menunjukkan bahawa seseorang itu tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Setiap yang hidup pasti akan mati.

Antara amalan Jahiliyyah yang lain ialah amalan bertepuk tangan. Hal ini dilarang kerana ia adalah tabiat jin. Golongan syaitan terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan jin dan golongan manusia. Syaitan dari golongan manusia ini merupakan manusia yang meminta bantuan jin, tidak kira dari aspek apa.

Pada zaman dahulu, masyarakat arab Jahiliyyah akan menanam hidup-hidup anak perempuan mereka kerana bagi mereka, anak perempuan hanya menambahkan beban mereka kerana anak perempuan tidak boleh menolong mereka menambahkan pendapatan. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman di dalam surah At-Takwir (81:8),anak-anak perempuan mereka ini akan menyoal ibu bapa mereka kerana mengambil hak mereka untuk hidup. Jadi, seorang sahabat bertanya pada Nabi s.a.w. bagaimana mahu menghapuskan dosanya membunuh anak-anak perempuannya sebelum ini. Nabi berpesan supaya sahabat itu memerdekakan hamba tetapi sahabat tersebut tidak mempunyai hamba. Jadi Nabi s.a.w. menyuruhnya menggantikannya dengan unta. Nabi s.a.w. juga berpesan bahawa dosa seseorang sebelum memeluk Islam akan terampun apabila dia memeluk agama Islam, dan dosanya selepas memeluk agama Islam akan terampun dengan beristighfar.

TINDAKAN

Kesedaran tidak akan bermakna tanpa tindakan. Jadi, antara tindakan yang kita boleh ambil untuk menghindarkan diri kita dari amalan Jahiliyyah ini ialah:

1. Kempen kesedaran

2. Menjadi agan dakwah menyebarkan pengetahuan ini

3. Saling ingat-mengingati

4. Rujuk pada Al-Quran dan As-Sunnah

5. Menuntut ilmu

Langkah permulaan kita ialah dengan membetulkan niat kita sendiri. Beza antara ibadat dan adat ialah niat. Contohnya, kita memakai songkok bukan kerana adat Melayu tetepi mengikut sunnah Nabi s.a.w. dengan menutup kepala. Kita juga memakai baju kurung bukan sahaja kerana ia merupakan pakaian tradisional bahkan menutup aurat juga. Apabila kita niat kerana mengikut sunnah, kita akan diberi ganjaran tetapi tidak sekiranya kita mengikut adat.

Wallahuaálam.

CINTA KEPADA ALLAH, RASUL DAN SESAMA INSAN

Cinta sesama manusia adalah fitrah yang telah dikurniakan oleh Allah yang Maha Esa. Semua orang teringin untik mengetahui bagaimanakah keadaan diri ini bila kita mencintai dan dicintai. Tak salah untuk berkasih, asalkan ianya kerana Allah. Jadi, laporan usrah kali ini akan membincangkan mengenai adab: kasih sayang kerana Allah, tafsir: Surah alFalaq, fiqh: khitbah(pertunangan) dan isu semasa sempena Maulidur Rasul.

ADAB: Kasih sayang kerana Allah SWT

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra, beliau berkata: “Nabi Muhammad saw bersabda: Seseorang itu tidak akan merasai kemanisan iman sehinggalah dia mengasihi seseorang hanya kerana Allah, sehinggalah dicampak ke dalam api lebih disukainya daripada kembali kufur selepas Allah menyelamatkannya; dan sehinggalah Allah dan Rasulnya lebih dia cintai berbanding yang lain daripada kedua-duanya.”

-Hadis riwayat al-Bukhari-

Hadis ini jelas menerangkan tentang kasih sayang kerana Allah iaitu kita berkasih sayang kerana zat Allah semata-mata tanpa dicampuri oleh perasaan riak dan hawa nafsu. Antara pengajaran yang boleh kita dapat melalui hadis ini ialah:

1.Mencintai Allah Taala kerana hendak menuntut keredhaanNya semata-mata

Contohnya, kita suka berjihad kerana Allah. Mungkin bagi kita, berperang adalah jihad yang paling besar atau yang paling susah untuk kita lakukan. Tapi bagi para sahabat, berperang bagi mereka merupakan jihad yang paling kecil, jihad yang paling besar adalah bangun pada lewat malam untuk melakukan Qiamullail.

2. Lebih memilih dilemparkan ke dalam api daripada memilih kekufuran

Orang yang sempurna iman tak akan terbit daripadanya sesuatu yang boleh menjadikan dirinya orang kafir. Dia tidak akan mengingkari arahan-arahan Allah seperti menunaikan solat fardhu dan tidak akan menghalalkan perkara-perkara haram.

3. Lebih mengutamakan kecintaan kepada Allah dan RasulNya berbanding yang lain.

Pada pandangan orang yang beriman, hak Allah dan RasulNya adalah lebih utama/penting daripada hak ibu bapa, anak, isteri dan sesama manusia.

TAFSIR: Surah alFalaq

(1) Katakanlah Ya Muhammad: Aku berlindung kepada Tuhan yang menjadikan belahan.

(2) Dari kejahatan (makhluk) yang Dia jadikan.

(3) Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap-gelita.

(4) Dan daripada kejahatan wanita-wanita (tukang sihir) yang menghembus (menjampi) pada simpulan-simpulan.

(5) Dan daripada orang yang dengki apabila dia telah dengki.

Maksud perkataan

i)Menjadikan belahan: Membelah dan menampakkan sesuatu. Maksudnya, semua benda yang dibelah oleh Allah. Allah membelah bumi dengan tumbuh-tumbuhan, gunung dengan mata air, awan dengan hujan, rahim dengan anak

ii) Malam: Malam yang gelap gelita

iii) Apabila telah gelap-gelita: Bila malam menyelubungi dan melitupi semua hidupan

iv) Pada simpulan-simpulan: Adakah ia bermaksud simpulan yang telah diketahui umum, ataupun hubungan kasih sayang dan silaturrahim

Keterangan ayat

(1)Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad; Sesungguhnya aku berlindung dengan Tuhan semua makhluk. Makhluk yang terbit dari belahan bumi atau langit. (2) Aku berlindung denganNya daripada segala kejahatan dan penyakit yang menimpa diriku, keluarga, dakwah dan teman-temanku. (3)Aku berlindung denganMu daripada kejahatan malam apabila ia gelap gelita dan menyelubungi semua hidupan. Sesungguhnya kegelapannya menjadi tirai kepada semua penceroboh yang jahat. (4) Aku berlindung dengan Mu daripada jampi serapah yang dihembuskan kepada simpulan-simpulan. Maksudnya, aku berlindung dengan Mu daripada kejahatan manusia pengadu domba yang memutuskan ikatan kasih sayang. (5) Manusia pengadu domba berusaha memerah otak kerana ingin menimpakan keburukan terhadap orang yang didengkinya. Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakannya. Tiada jalan untuk melepaskan diri daripadanya melainkan dengan berserah kepada Allah agar Dia melindungi kita daripada kejahatannya. Agar Dia menjaga kita daripada angkaranya. Sesungguhnya Dia berkuasa ke atas semua perkara.

ISU SEMASA: Maulidur Rasul

Semasa kelahiran Nabi Muhammad, pelbagai kejadian luar biasa yang berlaku. Antaranya:

1. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

2. Peperangan tentera bergajah yang disebut dalam alQuran, surah alFil, datang menyerang kota Mekah. Apabila mereka sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

3. Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

4. Di tempat yang lain pula, satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak manakal empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan tanda-tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

5. Api di negara Parsi yang tidak pernah padam hamper selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai Tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Peristiwa-peristiwa di atas jelas menunjukkan keistimewaan kelahiran Nabi Muhammad SAW kerana baginda merupakan khatamun nubuwwah, penutup segala nabi. Namun, ada sesetengah pendapat yang mengatakan hukum menyambut Maulidur Rasul adalah bid’ah. Tetapi, Imam Mutawalli Sha’rawi telah menulis dalam kitabnya, Ma’idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295):

"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda SAW dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira diatas kelahiran baginda SAW, kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda SAW?"

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia berkembang sehinggalah sekarang.

Selain itu, Rasulullah SAW biasanya menghubungkaitkan ibadah dan sejarah dan kebiasaannya apabila tiba hari yang bersejarah tersebut, baginda mengingatkan kepada para sahabat akan hari tersebut dan supaya mereka menyambutnya walaupun peristiwa itu telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau.

Dalil mengenai perkara ini dapat dilihat didalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan perawi-perawi yang lain iaitu, "Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Baginda pun bertanya kepada mereka mengenai hari tersebut dan mereka pun berkata, pada hari tersebut, Allah telah menyelamatkan Nabi mereka, Musa dan menenggelamkan musuhnya dan kerana peristiwa itu mereka berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah diatas anugerah tersebut." Rasulullah setelah itu terus bersabda yang mana hadis ini merupakan hadis yang cukup terkenal," Kami lebih berhak keatas Musa daripada kamu," dan baginda berpuasa pada hari tersebut (Asyura) dan hari sebelumnya.

Berdasarkan perkara-perkara diatas, adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

FIQH: Khitbah (pertunangan)

Kesemua ciptaan Allah mempunyai perasaan bagaimanapun, terdapat perbezaan antara perasaan manusia dan perasaan haiwan. Bezanya, manusia pandai mengawal perasaannya dengan menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang tak mampu untuk mengawal perasaannya. Jadi, nabi kita telah berpesan di dalam hadis yang bermaksud,

“Wahai golongan pemuda, barangsiapa yang mampu berkahwin maka berkahwinlah kerana hal itu akan menundukkan pandangan & membentengi kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka wajiblah berpuasa kerana puasa adalah penawar kepada nafsu syahwat baginya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam erti yang lain, hadis ini juga bermaksud dengan berkahwin, kita dapat mengawal nafsu kita. Sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan, kita disunatkan untuk bertunang terlebih dahulu mengikut Mazhab Shafie. Antara hadis yang mensyariatkan khitbah ialah:

إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل

Apabila salah seorang daripada kalian hendak meminang seorang gadis, kalau dengan melihatnya dapat mendorong kepada perasaan untuk menikahinya, maka buatlah (lihatlah dia)

Cara lamaran pula terbahagi kepada dua iaitu secara berterus-terang ataupun secara kiasan. Ini terbukti di dalam al-Quran,surah al-Baqarah:235 yang bermaksud:

“Dan tidak ada dosa bagimu meminang perempuan-perempuan itu dengan sindiran atau kamu sembunyikan (keinginanmu) dalam hati. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut kepada mereka…….”

Hikmah pertunangan

1. Dapat mengenali hati budi pasangan: dalam tempoh pertunangan, Allah akan menganugerahkan perasaan kasih sayang di dalam hati mereka dan perasaan berkeinginan antara satu sama lain. Ini dapat dibuktikan melalui hadis nabi:

فأنظر إليها فإنه أحرى أن يؤدم بينكما

2. Memberi peluang kepada ibu bapa kita untuk mengenali bakal menantu mereka

3. Sebagai mukadimah kepada zawaj (perkahwinan): dapat membezakan antara akad jual beli dan akad nikah

4. Dapat menenangkan hati si perempuan

5. Sebagai janji yang pasangan itu akan berkahwin: namun perlu diingat, bertunang tidak bermaksud pasangan itu dah berkahwin. Selagi mereka belum berkahwin,mereka adalah ajnabi. Bertunang tidak menghalalkan apa-apa.

Ciri-ciri pasangan

Dalam hadis nabi ada mengatakan: “seorang wanita itu dinikahi kerana 4 perkara: harta, keturunan, kecantikan & agamanya. Maka pilihlah yg beragama dan kahwinilah segera”

1. Kecantikan

Beauty is in the eye of the beholder. Bagi orang beriman, kecantikan seseorang itu terletak pada akhlaknya namun bagi orang yang kurang sikit imannya, kecantikan bagi mereka mungkin terletak pada rupa paras yang dikurniakan oleh Allah itu. Bagi Nabi Muhammad saw pula, asalkan sejuk mata memandang, itu sudah memadai.

Abu Hurairah r.a bahawa, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.” (Riwayat Muslim)

2. Keturunan

Pesan nabi kepada lelaki: “Pilihlah yang elok-elok untuk anak-anak kamu sebab perempuan akan melahirkan anak yang serupa dengan dirinya ataupun saudaranya.”

Pesan nabi kepada perempuan pula: “Pilihlah yang baik untuk benih-benihmu kerana akhlak ayah itu akan mewarisi benih-benihnya.”

Nabi juga berpesan bahawa carilah perempuan yang penyayang dan boleh melahirkan. Ini dapat dilihat melalui bilangan adik-beradik si perempuan. Selain itu, kita juga digalakkan untuk tidak cari pasangan yang mempunyai tali persudaraan dengan kita contohnya sepupu kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan menjadi lemah (x cerdik/berpenyakit)

3. Agama

Nabi berpesan kepada kaum Adam agar mencari pasangan yang solehah kerana wanita adalah perhiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah dan mempunyai isteri yang solehah juga adalah merupakan sebab-sebab kebahagiaan dunia.

Namun bagi perempuan, mereka dinasihatkan agar cari lelaki yang sekufu (setaraf) dengan mereka dan boleh membawa kepada kesepakatan antara wali dan diri mereka. Dari segi harta, kalau si perempuan lebih kaya daripada si lelaki, perkahwinan sesama mereka tidak digalakkan manakala jika pihak lelaki lebih kaya daripada pihak perempuan, perkahwinan sesama mereka dibenarkan kalau kedua-duanya reda.

Pertunangan itu akan jatuh kepada haram jika lelaki itu bertunang atas tunangan orang lain melainkan diizinkan oleh pasangan ataupun mereka sudah putus tunang. Ia dibolehkan jika ada seseorang lelaki datang meminang si gadis tetapi si gadis itu tidak memberi jawapan apa-apa.

Had

1. Jumhur ulama’: walaupun pasangan itu sudah bertunang, muka dan tapak tangan si perempuan masih menjadi aurat baginya dan tidak boleh ditunjukkan selagi mereka belum berkahwin.

2. Zuhuriyyah: kesemua anggota badan sudah tidak menjadi aurat lagi sesama mereka

3. Majoriti ulama’: haram bagi lelaki untuk tengok perempuan, namun kalau ada tujuan yang diluluskan oleh syara’, ia dibenarkan.

Cara melamar

1. Adat: pihak lelaki datang dengan keluarga ataupun melamar melalui keluarga. Contohnya, Rasulullah meminang Saiditina Aisyah ra melalui bapanya, Saidina Abu Bakar ra

2. Melamar terus kepada si gadis: Abu Talhah melamar terus kepada Ummu Sulaim

3. Wali jodohkan anak perempuan mereka dengan lelaki soleh: Saidina Umar menawarkan anaknya, Habsah kepada Rasulullah

4. Lamar melalui tokoh masyarakat: contohnya melalui tok guru

5. Wanita tawarkan dirinya kepada lelaki yang soleh: perempuan perlu mencari lelaki yang boleh menjadi pembimbing untuk dirinya. Orang fasik lelaki tidak digalakkan kahwin dengan wanita muslimah tetapi orang fasik perempuan boleh berkahwin dengan lelaki muslimin.

Pembatalan pertunangan

1.Mazhab Hanafi: semua barang hantaran yang telah diberi hendakalah dipulangkan semula tetapi jika barang hantaran itu merupakan makanan, ia hendakalah digantikan dengan duit

2. Mazhab Maliki: Kalau lelaki yang memutuskan, pihak lelaki tak ada hak untuk meminta balik hantaran yang diberi tetapi jika perempuan yang memutuskan tali pertunangan, pihak lelaki mempunyai hak untuk meminta balik hantaran yang telah diberi

3. Mazhab Ahmad dan Shafie: barang hantaran tak perlu dipulangkan

Kesimpulannya, jodoh itu perlukan usaha. Kita boleh memintanya dalam doa kita. Jadilah orang yang baik, ikutlah pilihan yang baik nescaya akan dipersetujui oleh orang-orang yang baik juga.

CINTA KEPADA ALLAH, RASUL DAN SESAMA INSAN

Cinta sesama manusia adalah fitrah yang telah dikurniakan oleh Allah yang Maha Esa. Semua orang teringin untik mengetahui bagaimanakah keadaan diri ini bila kita mencintai dan dicintai. Tak salah untuk berkasih, asalkan ianya kerana Allah. Jadi, laporan usrah kali ini akan membincangkan mengenai adab: kasih sayang kerana Allah, tafsir: Surah alFalaq, fiqh: khitbah(pertunangan) dan isu semasa sempena Maulidur Rasul.

ADAB: Kasih sayang kerana Allah SWT

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra, beliau berkata: “Nabi Muhammad saw bersabda: Seseorang itu tidak akan merasai kemanisan iman sehinggalah dia mengasihi seseorang hanya kerana Allah, sehinggalah dicampak ke dalam api lebih disukainya daripada kembali kufur selepas Allah menyelamatkannya; dan sehinggalah Allah dan Rasulnya lebih dia cintai berbanding yang lain daripada kedua-duanya.” -Hadis riwayat al-Bukhari-

Friday, February 25, 2011

SPSS Workshop

Salam..
INSPIRE Club sekali lagi menganjurkan SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Software ini sangat penting untuk pelajar2 UIAM lebih2 lagi kepada pelajar Sains Kemanusian. Software ini digunakan untuk menganalisis data2. Program ini telah dianjurkan oleh Biro Research and Developtment, INSPIRE Club. Semua dijemput hadir, khususnya INSPIRIANS. Lets grab a chance to learn more.

Date: 26 February 2011
Time: 10.00 am - 4.00 pm
Venue: Presentation Lab B, Econs
Fees: RM 3.00
Contact Person: Ashikin - 019 411 8869
Aimi - 017 670 3476

Thursday, February 24, 2011

Basic Training 2011

Salam..
Fasa kedua untuk mejadi fasilitator INSPIRE Club telah pun dijalankan pada 13 February yang lalu. Leih kurang 80 orang pelajar telahpun menjalani fasa kedua ini. Sebenarnya, masih banyak lagi yang berminat untuk mengikuti fasa ini, tetapi tidak berkesempatan berikutan peperiksaan yang dijalankan pada hari yang sama. Trainers2 INSPIRE Club telah melakukan yang tebaik dalam menerangkan secara teori kepada adik2 bakal facilitator.

Pendaftaran telah dimulakan sejak dari pukul 8.30 pagi lagi. Adik-adik telah bersarapan dengan sarapan yang disediakan oleh committee2 Basic Training. Kemudian adik2 telah dibenarkan masuk ke dewan, dan program bermula.

Antara aktiviti dalam kumpulan yang telah dijalankkan. Adik2 telah didedahkan dengan teori2 seorang fasilitator.

Saudara Kamil, president INSPIRE Club dalam sesi ucapanya, juga telah mengambil kesempatan untuk menguji adik2 tentang apa yang dipelajari sepanjang program berlansung. Adik2 telah ditanya tentang mass, 7 budaya INSPIRE, dan juga teori2 yang lain. Program telah berjalan dengan lancar, dan diharapkan adik2 dapat meneruskan perjuangan untuk mejadi seorang fasi dengan mengikuti fasa seterusnya.

Wassalam..

Monday, February 14, 2011

FEWWIT: "Bebas Dari Belenggu"

Benarkah punca masalah adalah disebabkan hubungan kita dengan ALLAH S.W.T?

"Lawanlah dunia dengan akhirat. Maksudnya, andai kita diuji masalah, kembalilah pada ALLAH S.W.T kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Ingatlah... masalah hanya persepsi dan kelihatan negatif kerana ia tidak selaras dengan keinginan kita. Amalkan berdoa sebelum memulakan kehidupan harian. Tenangkanlah hati kerana jiwa akan lebih mantap hasil keyakinan yang jitu kepada-NYA..."

Untuk pendaftaran, boleh click link di bawah:-

p/s:
Pastikan klik dapat maklumat 'dari Kelab Inspire UIA' kerna pengisian borang daripada sumber lain telah ditutup. Tq. :)

Jom ramai-ramai..
:D

Saturday, February 12, 2011

Training of Trainers (TOT)

Salam..
Untuk melatih trainers untuk menjadi lebih mantap dalam membimbing adik-adik pada masa akan datang, INSPIRE club telah menyediakan satu program untuk mereka iaitu Training of Trainers atau lebih dikenali sebagai TOT. Berdasarkan feedback dan respond dari trainers, banyak ilmu dan pengalaman yang di dapati khususnya dari senior-senior.

Semoga ilmu yang di dapati pada hari tersebut dapat diaplikasikan bukan sahaja di dalam program program INSPIRE tetapi jugak di dalam kehidupan.

Chatting Room

ShoutMix chat widget

About this blog

Nama Kelab : Kelab Inspire UIAM
(formerly known as Kelab KARISMA UIAM
)

Tarikh Ditubuhkan : 21 Feb 2001

Pengasas : Dr. Asyraf Wajdi Hj Dusuki

Motto : Ar-Ruhban fil-Lail wal-Fursan fin-Nahr
yang bermaksud ‘bagaikan pendeta yang beribadat di malam hari, dan bagaikan kuda yang berlari kencang di medan perang di siang hari.’

Visi : Membina generasi pemimpin dunia

Misi : Membantu pelajar-pelajar yang bermasalah

Sebarang cadangan, aduan dan komen, sila e-mail:
inspireclubiium@gmail.com

Followers