Wednesday, July 6, 2011

New Website

Assalamualaikum

Our Blog has move to new platform

http://censerveiium.net/inspire/


The new link will be our official website and updates can be read from there. Enjoy!

Testing New Banner




Thursday, March 17, 2011

Appreciation Night

Assalamualaikum wbr.

Pada 5 March 2011 yang lepas, Kelab INSPIRE telah menganjurkan Program “Appreciation Night” yang bertempat di HS Square, UIAM. Program ini bertujuan untuk menghargai jasa para senior Kelab INSPIRE yang juga merupakan mantan Management Board Sesi 2009/2010. Antara tetamu yang hadir ialah Bro. Wan Mohd Nasruddin Wan Abdullah, Bro. Mohd Khairulzain Abd Rahman, dan Bro. Jali. Program ini bermula pada jam 8.30 malam dan habis pada 11.00 malam. Antara tentatif pada malam tersebut adalah ucapan daripada mantan presiden dan timbalan presiden, cabutan bertuah dan juga makan-makan.





Semoga ukhuwwah yang dijalinkan dapat berkekalan walaupun masing-masing sudah bekerjaya dan berkeluarga sendiri. =)

Saturday, March 12, 2011

SPSS Workshop

Assalamualaikum wbr.

Pada 26 Februari yang lepas, Biro Research and Developtment, Kelab INSPIRE UIAM telah menganjurkan Bengkel SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) yang bertempat di Presentation Lab B, KENMS. Bengkel ini bertujuan untuk untuk memberi ilmu tentang analisis borang survey serta mendedahkan cara survey itu dianalisis kepada bentuk keputusan yang lebih sistematik. Bengkel ini telah mengggunakan khidmat Sis. Nursyafira Aidros sebagai tenaga pengajar. Beliau merupakan mantan Management Board Sesi 09/10.



Semua ahli daripada Biro Research and Development diwajibkan hadir kerana ilmu ini penting untuk mereka menganalisa kesemua program-program yang dijalankan oleh kelab INSPIRE sebagai penanda aras untuk kelab ini melakukan penambahbaikan di masa akan datang. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran para peserta yang bukan sahaja daripada Kelab INSPIRE, namun terdapat juga peserta yang bukan dalam kalangan ahli kelab itu sendiri serta penglibatan daripada pelajar antarabangsa yang sangat berminat untuk menyertai Bengkel SPSS ini.




Diharapkan segala ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan selalu. =)

Wednesday, March 9, 2011

Knowing You Knowing Inspire (KUKINS)

Salam kasih sayang untuk semua warga Inspire...


InsyaAllah pada hari Ahad (13 Mac 2011) ini akan diadakan program 'Knowing you Knowing Inspire' daripada pukul 8.30 pagi sehingga 5 petang. Program ini sangat berguna kepada ahli Inspire terutamanya Batch 10. Kami akan mendedahkan kepada anda tentang :


  • Prosedur-prosedur untuk membuat sesuatu program
  • Bagaimana untuk melaksanakan persediaan-persedian secara teknikal-report
  • dan tindakan yang perlu diambil sekiranya timbul sebarang masalah pada [sebelum, semasa dan semasa program]

InsyaAllah kami akan mencuba yang termampu dan terbaik untuk berkongsi segala ilmu yang diperolehi sepanjang bersama Inspire dan Censerve. Ia sangat bermanfaat bagi sesiapa yang ingin mengasah dan menggilap lagi kemahiran pengurusan mereka, khususnya tentang bagaimana melakukan program secara lebih bersistematik dan berkesan.

Semua INSPIRIANS dijemput hadir, khususnya BATCH 10. Jom belajar bersama! ^_^




Solat Sunat Hajat


Salam Mahabbah...
Semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmatiNya selalu. InsyaAllah, selepas tamat usrah kita akan mengadakan Solat Hajat untuk Final Exam :


  • Tarikh : 10 March (10 Mac 2011)
  • Masa : 8.15 Malam
  • Tempat : EDU LR 6 dan 7
Akan ada sedikit perkongsian daripada senior-senior kita. Marilah kita bersama-sama mencapai keredhaanNya. Sila jemput yang lain-lain juga...^_^

Monday, March 7, 2011

FEWWIT: Fun Exciting Weekend With I LUV ISLAM Team



Assalamualaikum wbr.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnianya, Kelab Inspire UIAM telah berjaya menjalinkan usaha sama dengan team ILuvIslam dan Grup Buku Karangkraf menganjurkan program FEWWIT (Fun Exciting Weekend With ILuvIslam Team) pada 20 Februari yang lalu. Program ini yang bertempat di Auditorium Utama UIAM telah berlangsung selama 3 jam bermula jam 9 pagi telah dihadiri seramai lebih kurang 500 peserta terdiri daripada pelajar UIAM dan juga orang awam.

Forum ini telah menampilkan tiga orang panelis, iaitu Dr. Azhar Sarip, penulis buku Bebas Dari Belenggu dan pakar motivasi; Ustaz Saharom Aziz, editor ILuvIslam; Ustaz Hamid Jusoh, pensyarah UIAM dan saudara Suffian Amrin sebagai moderator.

Pengisian utama forum ini adalah untuk membincangkan tentang kepentingan kita mendekatkan diri kepada-Nya agar mendapat ilham untuk keluar dari apa jua belenggu keresahan. Antara persoalan yang disentuh ialah cara kita berterima kasih kepada ALLAH, cara menangani masalah, manisnya memberi maaf, bagaimana untuk mencintai ALLAH dan kaedah meraih ketenangan jiwa.

Sebagai mana yang kita tahu, otak kiri kita mempunyai 80% fikiran negatif. Oleh kerana kita terlalu terikat dengan otak kiri, itu lah yang menyebabkan kita tidak bebas dari belenggu dan mempunyai pelbagai alasan untuk berjaya. Jadi, apa yang perlu kita lakukan ialah menggunakan cara yang paling efektif dengan konsep Back to Basic iaitu kembali kepada Al Quran dan Sunnah.

Pupuklah nilai cintakan Allah, merasakan Allah itu wujud dan yakin lah dengan Allah nescya kita juga akan bebas dari belenggu. Fahami konsep cinta itu sendiri, iaitu cinta, yakin dan ikhlas. Jika wujud nilai cinta yang sebegitu dalam diri kita, maka kita tidak kan menganggap masalah itu adalah masalah kepada kita. Malah kita akan menganggap bahawa setiap masalah itu adalah lambang kasih sayang Allah kepada hambaNya.

Program yang diakhiri dengan sesi soal jawab ini ternyata memberi impak positif dan berjaya memenuhi matlamat program. Rata-rata peserta program memberikan komen positif mengenai aktiviti yang dianjurkan kali ini.

Gambar2 program boleh dilihat di Facebook Kelab Inspire IIUM


Report by: Tiqa


Chatting Room


ShoutMix chat widget

About this blog

Nama Kelab : Kelab Inspire UIAM
(formerly known as Kelab KARISMA UIAM
)

Tarikh Ditubuhkan : 21 Feb 2001

Pengasas : Dr. Asyraf Wajdi Hj Dusuki

Motto : Ar-Ruhban fil-Lail wal-Fursan fin-Nahr
yang bermaksud ‘bagaikan pendeta yang beribadat di malam hari, dan bagaikan kuda yang berlari kencang di medan perang di siang hari.’

Visi : Membina generasi pemimpin dunia

Misi : Membantu pelajar-pelajar yang bermasalah

Sebarang cadangan, aduan dan komen, sila e-mail:
inspireclubiium@gmail.com

Followers