Wednesday, July 6, 2011
New Website
Our Blog has move to new platform
http://censerveiium.net/inspire/
The new link will be our official website and updates can be read from there. Enjoy!
Thursday, March 17, 2011
Appreciation Night
Saturday, March 12, 2011
SPSS Workshop
Wednesday, March 9, 2011
Knowing You Knowing Inspire (KUKINS)
InsyaAllah pada hari Ahad (13 Mac 2011) ini akan diadakan program 'Knowing you Knowing Inspire' daripada pukul 8.30 pagi sehingga 5 petang. Program ini sangat berguna kepada ahli Inspire terutamanya Batch 10. Kami akan mendedahkan kepada anda tentang :
- Prosedur-prosedur untuk membuat sesuatu program
- Bagaimana untuk melaksanakan persediaan-persedian secara teknikal-report
- dan tindakan yang perlu diambil sekiranya timbul sebarang masalah pada [sebelum, semasa dan semasa program]

InsyaAllah kami akan mencuba yang termampu dan terbaik untuk berkongsi segala ilmu yang diperolehi sepanjang bersama Inspire dan Censerve. Ia sangat bermanfaat bagi sesiapa yang ingin mengasah dan menggilap lagi kemahiran pengurusan mereka, khususnya tentang bagaimana melakukan program secara lebih bersistematik dan berkesan.
Semua INSPIRIANS dijemput hadir, khususnya BATCH 10. Jom belajar bersama! ^_^
Solat Sunat Hajat

Salam Mahabbah...
Semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmatiNya selalu. InsyaAllah, selepas tamat usrah kita akan mengadakan Solat Hajat untuk Final Exam :
- Tarikh : 10 March (10 Mac 2011)
- Masa : 8.15 Malam
- Tempat : EDU LR 6 dan 7
Monday, March 7, 2011
FEWWIT: Fun Exciting Weekend With I LUV ISLAM Team

Assalamualaikum wbr.
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnianya, Kelab Inspire UIAM telah berjaya menjalinkan usaha sama dengan team ILuvIslam dan Grup Buku Karangkraf menganjurkan program FEWWIT (Fun Exciting Weekend With ILuvIslam Team) pada 20 Februari yang lalu. Program ini yang bertempat di Auditorium Utama UIAM telah berlangsung selama 3 jam bermula jam 9 pagi telah dihadiri seramai lebih kurang 500 peserta terdiri daripada pelajar UIAM dan juga orang awam.
Forum ini telah menampilkan tiga orang panelis, iaitu Dr. Azhar Sarip, penulis buku Bebas Dari Belenggu dan pakar motivasi; Ustaz Saharom Aziz, editor ILuvIslam; Ustaz Hamid Jusoh, pensyarah UIAM dan saudara Suffian Amrin sebagai moderator.
Pengisian utama forum ini adalah untuk membincangkan tentang kepentingan kita mendekatkan diri kepada-Nya agar mendapat ilham untuk keluar dari apa jua belenggu keresahan. Antara persoalan yang disentuh ialah cara kita berterima kasih kepada ALLAH, cara menangani masalah, manisnya memberi maaf, bagaimana untuk mencintai ALLAH dan kaedah meraih ketenangan jiwa.
Sebagai mana yang kita tahu, otak kiri kita mempunyai 80% fikiran negatif. Oleh kerana kita terlalu terikat dengan otak kiri, itu lah yang menyebabkan kita tidak bebas dari belenggu dan mempunyai pelbagai alasan untuk berjaya. Jadi, apa yang perlu kita lakukan ialah menggunakan cara yang paling efektif dengan konsep Back to Basic iaitu kembali kepada Al Quran dan Sunnah.
Pupuklah nilai cintakan Allah, merasakan Allah itu wujud dan yakin lah dengan Allah nescya kita juga akan bebas dari belenggu. Fahami konsep cinta itu sendiri, iaitu cinta, yakin dan ikhlas. Jika wujud nilai cinta yang sebegitu dalam diri kita, maka kita tidak kan menganggap masalah itu adalah masalah kepada kita. Malah kita akan menganggap bahawa setiap masalah itu adalah lambang kasih sayang Allah kepada hambaNya.
Program yang diakhiri dengan sesi soal jawab ini ternyata memberi impak positif dan berjaya memenuhi matlamat program. Rata-rata peserta program memberikan komen positif mengenai aktiviti yang dianjurkan kali ini.
Gambar2 program boleh dilihat di Facebook Kelab Inspire IIUM
Report by: Tiqa
Chatting Room
About this blog
Nama Kelab : Kelab Inspire UIAM
(formerly known as Kelab KARISMA UIAM)
Tarikh Ditubuhkan : 21 Feb 2001
Pengasas : Dr. Asyraf Wajdi Hj Dusuki
Motto : Ar-Ruhban fil-Lail wal-Fursan fin-Nahr
yang bermaksud ‘bagaikan pendeta yang beribadat di malam hari, dan bagaikan kuda yang berlari kencang di medan perang di siang hari.’
Visi : Membina generasi pemimpin dunia
Misi : Membantu pelajar-pelajar yang bermasalah
Sebarang cadangan, aduan dan komen, sila e-mail:
inspireclubiium@gmail.com
Followers
Links
Labels
- Announcement (12)
- Management Tips (9)
- Profil (1)
- Programme Report (10)
- Tazkirah (6)
- Videos (1)