Monday, March 7, 2011

FEWWIT: Fun Exciting Weekend With I LUV ISLAM Team



Assalamualaikum wbr.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnianya, Kelab Inspire UIAM telah berjaya menjalinkan usaha sama dengan team ILuvIslam dan Grup Buku Karangkraf menganjurkan program FEWWIT (Fun Exciting Weekend With ILuvIslam Team) pada 20 Februari yang lalu. Program ini yang bertempat di Auditorium Utama UIAM telah berlangsung selama 3 jam bermula jam 9 pagi telah dihadiri seramai lebih kurang 500 peserta terdiri daripada pelajar UIAM dan juga orang awam.

Forum ini telah menampilkan tiga orang panelis, iaitu Dr. Azhar Sarip, penulis buku Bebas Dari Belenggu dan pakar motivasi; Ustaz Saharom Aziz, editor ILuvIslam; Ustaz Hamid Jusoh, pensyarah UIAM dan saudara Suffian Amrin sebagai moderator.

Pengisian utama forum ini adalah untuk membincangkan tentang kepentingan kita mendekatkan diri kepada-Nya agar mendapat ilham untuk keluar dari apa jua belenggu keresahan. Antara persoalan yang disentuh ialah cara kita berterima kasih kepada ALLAH, cara menangani masalah, manisnya memberi maaf, bagaimana untuk mencintai ALLAH dan kaedah meraih ketenangan jiwa.

Sebagai mana yang kita tahu, otak kiri kita mempunyai 80% fikiran negatif. Oleh kerana kita terlalu terikat dengan otak kiri, itu lah yang menyebabkan kita tidak bebas dari belenggu dan mempunyai pelbagai alasan untuk berjaya. Jadi, apa yang perlu kita lakukan ialah menggunakan cara yang paling efektif dengan konsep Back to Basic iaitu kembali kepada Al Quran dan Sunnah.

Pupuklah nilai cintakan Allah, merasakan Allah itu wujud dan yakin lah dengan Allah nescya kita juga akan bebas dari belenggu. Fahami konsep cinta itu sendiri, iaitu cinta, yakin dan ikhlas. Jika wujud nilai cinta yang sebegitu dalam diri kita, maka kita tidak kan menganggap masalah itu adalah masalah kepada kita. Malah kita akan menganggap bahawa setiap masalah itu adalah lambang kasih sayang Allah kepada hambaNya.

Program yang diakhiri dengan sesi soal jawab ini ternyata memberi impak positif dan berjaya memenuhi matlamat program. Rata-rata peserta program memberikan komen positif mengenai aktiviti yang dianjurkan kali ini.

Gambar2 program boleh dilihat di Facebook Kelab Inspire IIUM


Report by: Tiqa


No comments:

Post a Comment

Chatting Room


ShoutMix chat widget

About this blog

Nama Kelab : Kelab Inspire UIAM
(formerly known as Kelab KARISMA UIAM
)

Tarikh Ditubuhkan : 21 Feb 2001

Pengasas : Dr. Asyraf Wajdi Hj Dusuki

Motto : Ar-Ruhban fil-Lail wal-Fursan fin-Nahr
yang bermaksud ‘bagaikan pendeta yang beribadat di malam hari, dan bagaikan kuda yang berlari kencang di medan perang di siang hari.’

Visi : Membina generasi pemimpin dunia

Misi : Membantu pelajar-pelajar yang bermasalah

Sebarang cadangan, aduan dan komen, sila e-mail:
inspireclubiium@gmail.com

Followers