Sunday, February 27, 2011

MENGENAL JAHILIYYAH

Assalamualaikum…..

Selawat dan salam atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w., para sahabat, keluarga baginda, tabi’ dan tabi’in serta penyambung warisan baginda s.a.w..

Pada 24 februari yang lalu, ustaz Ilyas telah menyampaikan ceramah ringkas bertajuk “Mengenal Jahiliyyah” di Edu LR4, 8.30-11.00 malam.

Jahiliyyah bermaksud tidak mengetahui. Zaman Jahiliyyah juga dipanggil zaman kegelapan sebelum kedatangan Islam yang membawa rahmat pada seluruh umat manusia. Ada dua dua pendapat ulama’tentang zaman Jahiliyyah al-ula.

1. Zaman sewaktu kelahiran Nabi Allah Ibrahim a.s.

2. Zaman antara Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s.

Amalan jahiliyatul ula disini ditujukan kepada perbuatan wanita-wanita yang menunjukkan kecantikan mereka pada masyarakat di luar.

Apabila ada yang pertama, semestinya ada yang kedua. Zaman Jahiliyyah kedua ialah zaman sewaktu kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Di sini boleh dikatakan zaman Jahiliyyah berakhir selepas pembukaan Kota Makkah.

Nabi s.a.w. bersabda,matannya berbunyi: Akan ada 4 amalan jahil dalam umatku pada akhir zaman nanti.

1. Menghina keturunan lain

Zaman sekarang, wujudnya sistem kasta di kalangan masyarakat India, sistem perbezaan darjat seperti keluarga golongan Sheikh, dan lain-lain.

2. Bangga dengan kekayaan

Terang lagi nyata pada zaman ini, jika tiada duit, kita tidak dapat berbuat apa-apa. Kekayaan dibanggakan sehingga manusia berebut-rebut mengumpul harta untuk nama mereka terpampang sebagai antara manusia terkaya.

3. Amalan menilik bintang

Amalan ini dilarang sama sekali kerana manusia diciptakan berbeza-beza dan tidak dapat dianggarkan perangai mereka. Amalan ini sama juga seperti menilik nasib melalui horoskop, tarikh lahir, dan sebagainya.

4. Meratap kematian

Meratap di sini seperti menghantukkan kepala pada benda keras, menarik rambut dan seumpama dengannya. Amalan ini menunjukkan bahawa seseorang itu tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Setiap yang hidup pasti akan mati.

Antara amalan Jahiliyyah yang lain ialah amalan bertepuk tangan. Hal ini dilarang kerana ia adalah tabiat jin. Golongan syaitan terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan jin dan golongan manusia. Syaitan dari golongan manusia ini merupakan manusia yang meminta bantuan jin, tidak kira dari aspek apa.

Pada zaman dahulu, masyarakat arab Jahiliyyah akan menanam hidup-hidup anak perempuan mereka kerana bagi mereka, anak perempuan hanya menambahkan beban mereka kerana anak perempuan tidak boleh menolong mereka menambahkan pendapatan. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman di dalam surah At-Takwir (81:8),anak-anak perempuan mereka ini akan menyoal ibu bapa mereka kerana mengambil hak mereka untuk hidup. Jadi, seorang sahabat bertanya pada Nabi s.a.w. bagaimana mahu menghapuskan dosanya membunuh anak-anak perempuannya sebelum ini. Nabi berpesan supaya sahabat itu memerdekakan hamba tetapi sahabat tersebut tidak mempunyai hamba. Jadi Nabi s.a.w. menyuruhnya menggantikannya dengan unta. Nabi s.a.w. juga berpesan bahawa dosa seseorang sebelum memeluk Islam akan terampun apabila dia memeluk agama Islam, dan dosanya selepas memeluk agama Islam akan terampun dengan beristighfar.

TINDAKAN

Kesedaran tidak akan bermakna tanpa tindakan. Jadi, antara tindakan yang kita boleh ambil untuk menghindarkan diri kita dari amalan Jahiliyyah ini ialah:

1. Kempen kesedaran

2. Menjadi agan dakwah menyebarkan pengetahuan ini

3. Saling ingat-mengingati

4. Rujuk pada Al-Quran dan As-Sunnah

5. Menuntut ilmu

Langkah permulaan kita ialah dengan membetulkan niat kita sendiri. Beza antara ibadat dan adat ialah niat. Contohnya, kita memakai songkok bukan kerana adat Melayu tetepi mengikut sunnah Nabi s.a.w. dengan menutup kepala. Kita juga memakai baju kurung bukan sahaja kerana ia merupakan pakaian tradisional bahkan menutup aurat juga. Apabila kita niat kerana mengikut sunnah, kita akan diberi ganjaran tetapi tidak sekiranya kita mengikut adat.

Wallahuaálam.

No comments:

Post a Comment

Chatting Room


ShoutMix chat widget

About this blog

Nama Kelab : Kelab Inspire UIAM
(formerly known as Kelab KARISMA UIAM
)

Tarikh Ditubuhkan : 21 Feb 2001

Pengasas : Dr. Asyraf Wajdi Hj Dusuki

Motto : Ar-Ruhban fil-Lail wal-Fursan fin-Nahr
yang bermaksud ‘bagaikan pendeta yang beribadat di malam hari, dan bagaikan kuda yang berlari kencang di medan perang di siang hari.’

Visi : Membina generasi pemimpin dunia

Misi : Membantu pelajar-pelajar yang bermasalah

Sebarang cadangan, aduan dan komen, sila e-mail:
inspireclubiium@gmail.com

Followers