Saturday, March 12, 2011

SPSS Workshop

Assalamualaikum wbr.

Pada 26 Februari yang lepas, Biro Research and Developtment, Kelab INSPIRE UIAM telah menganjurkan Bengkel SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) yang bertempat di Presentation Lab B, KENMS. Bengkel ini bertujuan untuk untuk memberi ilmu tentang analisis borang survey serta mendedahkan cara survey itu dianalisis kepada bentuk keputusan yang lebih sistematik. Bengkel ini telah mengggunakan khidmat Sis. Nursyafira Aidros sebagai tenaga pengajar. Beliau merupakan mantan Management Board Sesi 09/10.



Semua ahli daripada Biro Research and Development diwajibkan hadir kerana ilmu ini penting untuk mereka menganalisa kesemua program-program yang dijalankan oleh kelab INSPIRE sebagai penanda aras untuk kelab ini melakukan penambahbaikan di masa akan datang. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran para peserta yang bukan sahaja daripada Kelab INSPIRE, namun terdapat juga peserta yang bukan dalam kalangan ahli kelab itu sendiri serta penglibatan daripada pelajar antarabangsa yang sangat berminat untuk menyertai Bengkel SPSS ini.




Diharapkan segala ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan selalu. =)

No comments:

Post a Comment

Chatting Room


ShoutMix chat widget

About this blog

Nama Kelab : Kelab Inspire UIAM
(formerly known as Kelab KARISMA UIAM
)

Tarikh Ditubuhkan : 21 Feb 2001

Pengasas : Dr. Asyraf Wajdi Hj Dusuki

Motto : Ar-Ruhban fil-Lail wal-Fursan fin-Nahr
yang bermaksud ‘bagaikan pendeta yang beribadat di malam hari, dan bagaikan kuda yang berlari kencang di medan perang di siang hari.’

Visi : Membina generasi pemimpin dunia

Misi : Membantu pelajar-pelajar yang bermasalah

Sebarang cadangan, aduan dan komen, sila e-mail:
inspireclubiium@gmail.com

Followers