Friday, February 26, 2010

.AIT 2010 in Memory.

Salam.

Kem Advanced Intensive Training(AIT) adalah merupakan training yang diadakan sekali dalam setahun bagi Karisma new intake students.Tujuan ia diadakan adalah untuk mendedahkan peserta-peserta secara amali dan praktikal sebagai fasilitator di mana mereka telah mempelajarinya melalui teori di dalam sessi latihan sebelum ini supaya mereka lebih bersedia untuk ke fasa yang seterusnya iaitu F.R.I.E.N.D.S. Di samping itu, kem ini juga adalah untuk menguji sejauh manakah ketahanan mental dan fizikal mereka sebelum berhadapan dengan sekolah-sekolah terpilih pada fasa ketiga.Program ini berpegang kepada misi dan visi kelab yang menekankan tentang konsep peserta sebagai seorang da’ie dan misi mereka adalah untuk membantu masyarakat berubah ke arah kebaikan.


Alhamdulillah Advanced Intensive Training 2010 telah berjaya dijalankan selama 4 hari 3 malam di Kem Rimba Ria,Sg. Congkak 2 minggu lepas..Walaupun ianya dilangsungkan awal,tidak seperti AIT biasa yang dibuat setiap tahun selepas semester 2 berakhir, tp segalanya berjalan dengan lancar dengan izinNya..Jumlah ahli baru meningkat,seramai 55 orang menyertai kem kali ini berbanding tahun yg sebelumnya.
Perasaan penat dan sakit, pengalaman manis dan pahit telah dilalui bersama...
Sama-sama kita doakan agar ukhuwwah yang terjalin ini akan terus kekal untuk selama-lamanya...



Bicara Programme Manager
Pertama sekali, marilah sama-sama kita rafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran dan rasa terima kasih kita kepada Allah atas kehendak dan ketentuan-Nya kita telah berjaya menamatkan A.I.T 2010. Alhamdulillah program terbesar dalam taqwim Karisma ini dapat dijalankan dengan lancar dan cemerlang.Saya amat berterima kasih atas kerjasama serta penat lelah semua ahli jawatankuasa yang terlibat kerana sanggup menggembeling tenaga bersama bagi menjayakan program kita ini. Oleh itu saya merasakan segala pujian dan ucapan tahniah adalah selayaknya untuk mereka.
Tidak dilupakan juga, kami amat berbangga dan berterima kasih kepada semua senior yang sudi meluangkan masa bersama kami. Kedatangan anda semua seakan menyuntik semangat baru kepada kami serta memberi inspirasi kepada kami untuk terus gigih berusaha dalam menjayakan program ini serta memajukan kelab ini. Kami amat menghargai segala perkongsian daripada pihak senior dan berharap semoga hasil daripada perkongsian ini dapat diterapkan dalam Kelab Karisma bagi mengangkat Kelab Karisma ke satu tahap yang lebih baik.
Semoga segala input yang diberikan dapat memberi manfaat kepada para peserta serta dapat dikembangkan lagi bagi memajukan Kelab Karisma secara khususnya dan meningkatkan lagi mutu da’wah kita serta meletakkan Islam sebagai satu agama yang sempurna.
Akhir kata, saya mewakili semua penggerak program ini memohon maaf andaikata terdapat kesilapan serta kekurangan daripada pihak kami. Kami berharap apa yang baik daripada program ini dapat dijadikan sebagai tauladan dan dapat terus disebarkan, dan apa yang buruk dapat dijadikan sempadan dan pengajaran. Sesungguhnya apa yang baik itu datang daripada Allah, dan segala kelemahan itu datang daripada kelemahan dan kedhaifan kami sendiri.Saya doakan agar perjuangan ini dapat diteruskan serta dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Ayuhlah pejuang Allah untuk kita terus mara ke hadapan!

Tak bestla kalau kita dengar pandangan dari pihak committee je kan?Haa.. beberapa ahli baru Karisma 2010 juga sempat di temu bual pd malam Mass Gathering FRIENDs haritu. Nak tau apa kata mereka???Read on below~


Testimonials dari wakil participants AIT 2010

Fieza (Group 1- Psychogenius)
"Dapat byk experience baru ..kem ni menguji tahap mental dan physical.Dari hari pertama sampailah hari terakhir byk melatih diri menjadi fasilitator yang terbaik.Semua pengalaman ni takkan dapat dilupakan.Fav. faci?Mestila kak Dal&abg Wahid..ttg makanan plak? Makanan sgt best dan memuaskan! ".



Izzati (Group 3- M-16)
"Saya rasa sangat seronok dan berbangga dapat menjadi ahli Karisma.Saya tau tentang Karisma dari kawan tp memang berminat untuk menjadi fasilitator..Selepas join AIT saya rasa bersemangat kerana saya ni pemalu sikit dan tak berapa aktif sebelum ni..".






Raed (Group 1- Psychogenius) *Penghulu*
"1st impression ttg AIT?AIT ni saya da sangka dah mesti berat ckit sbb program yg paling penting dalam karisma..tp tak sangka plak macam kem tentera pun ade jugak.Ada sesetengh peserta tu terkejut tapi still bleh tahan.Selepas AIT rasa sgt seronok sebab semua halangan n denda yg di bagi kitorang layan je..memang penat gile tapi lepas dah habis semua lega jugaklah sbb dah takde seksaan lagi.Best faci?K. Dal (Trainer) & Cek Su (suke cara die ckp).Cadangan?Harap untuk AIT akan dtg, truskan mcm AIT ni biar diorang kena kejutan budaya..yelah mungkin diorang menganggap yg AIT ni kem mandi2 tp ia sebenarnya adalah kem untuk melatih jadi fasilitator yang berguna".

Fatihah (Group 2-Synerdina's)
"First2 sampai tempat tu rasa macam best,jangkaan sy tepat,sbb memang best pun. Dapat banyak input dan belajar banyak perkara ttg jadi faci dari tak reti cakap dlu sampai boleh la ckap sikit sekarang..Fav. Faci?Kak Izyan!Komen??Perbanyakkan aktiviti yang menarik,talk pun bg yg best2 lagi....Lg satu,makanan memang best lah!".




Farhana (Group 4-Panglima petir)
"First impression?Mula2 sampai sy merasakan kem ni adalah suatu yg membosankan sbb sy kenal brp orang je,n tak pergi basic training pun.Petang hari first tu rasa mcm nk balik je..!Tapi selepas join, saya merasakan diri saya ni lebih berkarisma, dan lebih yakin untuk bercakap depan orang, n yg paling penting saya semakin bersedia untuk tidak bersedia.Jadi,1st imprssion sy mmg salah sama sekali n terpesong sbb AIT sgt seronok!Faci yg paling diminati?Abg Ro& K.Fiqah kerana byk menceriakan.Komen n cdgn?Tak perlu perbaharui apa2 dgn AIT..Ait patut diadakan untuk kali ke-2 sbb mmg best sgt!


Adib (Group 1-Psychogenius)
"Mula2 ingatkan kem ni boleh mandi2 tp bila sampai sana macam sakit jgaklah..ada mcm kem tentera pun ye.1-3 day mmg merana jugak tp selepas join,mmg happy gile!Best faci?K.dal n Abg Wahid. Cadangan?Hopefully lepas ni masa makan bgla lama skit,tercekik nnt..then cc blehla terbaik jugak!Tym mandi tu bagila 15 min ke setengah jam ke yelah nk bersiap lg kenela lama..ape2 pun mmg best la".

1 comment:

  1. AIT sgt best! cuma yg rasa cam tak best tu time makan..masa utk makan pendek sgt..tak sempat nak kunyah..telan je terus.. =___=

    ReplyDelete

Chatting Room


ShoutMix chat widget

About this blog

Nama Kelab : Kelab Inspire UIAM
(formerly known as Kelab KARISMA UIAM
)

Tarikh Ditubuhkan : 21 Feb 2001

Pengasas : Dr. Asyraf Wajdi Hj Dusuki

Motto : Ar-Ruhban fil-Lail wal-Fursan fin-Nahr
yang bermaksud ‘bagaikan pendeta yang beribadat di malam hari, dan bagaikan kuda yang berlari kencang di medan perang di siang hari.’

Visi : Membina generasi pemimpin dunia

Misi : Membantu pelajar-pelajar yang bermasalah

Sebarang cadangan, aduan dan komen, sila e-mail:
inspireclubiium@gmail.com

Followers